SHANGHAI, 6 APRIL – China melaporkan lebih 20,000 kes COVID hari ini, jumlah harian tertinggi sejak permulaan pandemik ketika jutaan penduduk di Shanghai yang dikenakan perintah berkurung mula menjalani pusingan ujian saringan baharu.
China merekodkan 20,472 jangkitan hari ini, menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan dengan majoriti kes tersebut tidak bergejala.
Pihak berkuasa melaporkan tidak ada kematian baharu di negara itu yang menyatakan hanya dua orang meninggal dunia akibat virus itu hampir dua tahun lalu.
Sehingga Mac, China masih mengekalkan kes rendahnya dengan mengenakan sekatan pergerakan, ujian besar-besaran dan sekatan ketat ke atas perjalanan antarabangsa.
Namun jumlah kes telah mencecah ribuan sehari beberapa minggu ini, dengan Shanghai mendahului jumlah tinggi varian Omicron.
Bandar itu menjalani perintah berkurung secara berfasa minggu lalu dan aduan-aduan semakin banyak diterima mengenai kekurangan makanan disebabkan oleh gangguan logistik dan pembelian panik yang menyebabkan ramai penduduk bangun awal untuk cuba mengelak barisan dalam aplikasi kedai.
Penyiaran kerajaan CCTV melaporkan bandar itu akan melancarkan pusingan ujian baharu ke atas semua penduduk hari ini. – AFP
