Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    China, Colombia tingkat hubungan dua hala

    BEIJING, 25 OKT – Presiden China, Xi Jinping hari ini memuji perkongsian strategik baharu negaranya dengan Colombia, lapor media negara, semasa dia mengalu-alukan pemimpin negara Amerika Selatan itu ke Beijing.

    Presiden Colombia, Gustavo Petro tiba di ibu negara China kelmarin untuk lawatan negara yang menurut pejabatnya akan menyaksikan beliau dan Xi ‘memeterai rancangan pelan pertumbuhan hubungan dua hala dan instrumen kerjasama’.

    Rakaman daripada penyiar negara China, CCTV, menunjukkan Xi, dikelilingi oleh sekumpulan pegawai atasan, duduk bertentangan dengan delegasi Petro di meja besar di dalam sebuah bilik yang dihias dengan indah di Dewan Besar Rakyat Beijing.

    “Saya berbesar hati untuk mengumumkan bersama-sama awda bahawa hubungan China-Colombia telah dipertingkat kepada rakan strategik,” kata Xi kepada Petro.

    Hubungan antara Beijing dan Bogota “sentiasa mengekalkan momentum perkembangan yang baik”, kata pemimpin China itu.

    China ‘bersedia bekerjasama dengan Bogota untuk merangka pelan tindakan hubungan China-Colombia, memberikan manfaat yang lebih baik kepada rakyat kita, dan menyumbang tenaga positif dalam keamanan dan pembangunan dunia”, tambahnya.

    Lawatan Petro dijadualkan berakhir esok.

    Pejabatnya berkata minggu ini lawatan itu juga bertujuan untuk ‘mempelbagaikan dan menambah eksport ke China.’ – AFP

    Xi Jinping (kanan), berjabat tangan dengan Gustavo Petro semasa majlis menandatangani perjanjian di Dewan Besar Rakyat di Beijing, China pada 25 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...