Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    China dakwa AS lancar serangan siber di Pusat Masa Negara

    BEIJING, 19 OKT – China hari ini menuduh Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan siber ke atas Pusat Perkhidmatan Masa Negara Beijing yang berpotensi merosakkan infrastruktur kritikal kewangan dan telekomunikasi.

    Dalam beberapa tahun kebelakangan, Beijing meningkatkan amaran perisikan seiring hubungan dengan AS dan negara Barat lain yang semakin tegang.

    Pihak berkuasa China mendakwa telah menemui ‘bukti tidak boleh disangkal’ mengenai usaha Agensi Keselamatan Negara AS (NSA) menggodam pusat masa kebangsaan itu antara 2022 dan 2024, menurut kenyataan yang disiarkan di akaun rasmi Kementerian Keselamatan China di WeChat.

    Fasiliti itu bertanggungjawab menyelaras jam di seluruh negara yang digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk pelayan komputer, stesen kereta api dan grid kuasa.

    Kementerian menuduh NSA mengeksploitasi kelemahan dalam perkhidmatan pesanan telefon mudah alih jenama asing tertentu untuk mencuri kelayakan log masuk pekerja di pusat masa itu.

    Gambar AP

    Serangan berkenaan berpotensi menjejaskan grid kuasa, pengangkutan, dan pelancaran angkasa lepas, menurut kementerian.

    Sejak itu, pihak berkuasa China ‘memutuskan rangkaian serangan, meningkatkan langkah perlindungan dan menyingkirkan ancaman berpotensi’.

    “Dalam beberapa tahun kebelakangan, AS giat mengejar hegemoni siber, berulang kali menjejaskan peraturan antarabangsa ruang siber,” kata kementerian dalam kenyataan itu.

    Kementerian turut menggesa rakyat China agar sentiasa berwaspada terhadap serangan asing dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda