Monday, February 24, 2025
21.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    China derma 9,130 buah buku

    PHNOM PENH, 7 Nov – Kedutaan China semalam telah menderma sejumlah 9,130 buku bahasa China kepada lima universiti dan sekolah-sekolah di Kemboja.

    Penerimanya adalah Universiti Diraja Phnom Penh, Universiti Asia Euro, Sekolah CHina Min Sheng, Sekolah China Duan Hua dan Sekolah China Li Qing.

    Duta Besar China, Xiong Bo berucap semasa majlis penyerahan yang berlangsung di kedutaan China, berkata buku-buku ini termasuk buku kesusateraan, sejarah, geografi, pelancongan, pendidikan, seni, budaya, bahasa dan pertanian. Kesemua buku ini dianggarkan berjumlah 330,000 yuan.

    Tambahnya lagi, derma ini bertujuan untuk mempromosikan pengajaran bahasa China dan memperbanyakkan lagi sumber pengajaran sekolah China di Kemboja.

    “Ini merupakan kali kedua kedutaan China menderma buku-buku ke sekolah di Kemboja,” menurut Xiong. “Saya percaya dengan adanya buku ini akan membantu pelajar Kemboja dan para pengkaji untuk mempelajari dan memahami tentang China.”

    Dengan meningkatnya pelabur China dan pelancong berkunjung ke Kemboja, penggunaan bahasa China secara langsung akan meningkat.

    Chhun Hok, timbalan rektor Universiti Diraja Phnom Penh semasa berucap di pembukaan Pusat Bahasa China pada 2007 dan fakulti kesusasteraan China. Sehingga kini, pusat tersebut telah menawarkan kursus pendek kepada 1,700 orang pelajar dan fakulti menyediakan peringkat sarjana muda kepada 175 orang pelajar.

    “Buku itu sangat berguna kepada pelajar untuk mempelajari dan memahami dengan lebih dalam lagi mengenai budaya China dan pembangunan,” tambahnya. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda