Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    China desak AS selesaikan isu TikTok melalui dialog

    BEIJING, 14 SEPT – China pada Jumaat menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya menyelesaikan pertikaian berkaitan TikTok melalui dialog, ketika pemimpin tertinggi kedua-dua negara dijadualkan membincangkan platform media sosial itu di Sepanyol minggu depan.

    Tarikh akhir bagi aplikasi popular itu mencari pembeli bukan dari China atau berdepan larangan di AS adalah pada 17 September, selepas Presiden Donald Trump melanjutkannya buat kali ketiga.

    Sebuah undang-undang persekutuan yang mewajibkan penjualan atau larangan TikTok atas alasan keselamatan negara sepatutnya berkuat kuasa sehari sebelum Trump mengangkat sumpah jawatan pada Januari lalu.

    Pada Jumaat, Kementerian Perdagangan China menyeru Washington supaya “bekerjasama dengan China berasaskan saling menghormati dan perundingan yang sama rata, untuk menyelesaikan kebimbangan masing-masing melalui dialog dan mencari penyelesaian,” menurut satu kenyataan. – AFP

    Logo TikTok dipaparkan pada skrin telefon pintar dengan latar belakang bendera kebangsaan Amerika Syarikat pada 12 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda