Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    China dilanda suhu rendah

    BEIJING, 24 NOV – Suhu di tengah dan timur China menjunam pada hari ini dengan udara sejuk dijangka terus mencengkam beberapa bahagian di negara itu dalam tempoh 10 hari akan datang, lapor Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa meteorologi China hari ini.

    Suhu menyusut antara enam dan 10 darjah Celsius di wilayah termasuk Inner Mongolia dan timur laut China dengan beberapa kawasan mengalami penurunan suhu 12 hingga 17 darjah, menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan.

    Pusingan baharu udara sejuk akan melanda kebanyakan bahagian tengah dan timur China dari Ahad hingga Selasa.

    Suhu boleh menurun empat hingga enam darjah Celsius di bahagian tengah dan hilir Sungai Yangtze, di kawasan sebelah utara dan penurunan suhu sehingga 12 darjah Celsius diramalkan di bahagian Inner Mongolia dan timur laut China. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda