Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    China draf undang-undang penyalahgunaan lagu kebangsaan

    BEIJING, 28 Ogos – China merangka undang-undang mengenai cara dan tempat yang betul untuk menyanyikan lagu kebangsaannya. Pelanggar, termasuk mereka yang mengubah suai lirik itu, akan menghadapi pendakwaan jenayah atau sehingga 15 hari tahanan.

    Draf undang-undang itu sekali lagi dibacakan pada sesi kedua bulanan Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), yang dibuka pada hari Isnin. Penggubal undang-undang telah membuat had lagu tersebut dimainkan di acara pengebumian dan majlis-majlis yang ‘tidak wajar’ yang lain, dalam iklan komersil atau sebagai muzik latar belakang di tempat awam.

    Lagu ini hanya akan dibenarkan pada perhimpunan politik formal, termasuk pembukaan dan penutupan sesi NPC, upacara perasmian perlembagaan, upacara kenaikan bendera, perayaan utama, upacara penghargaan, peringatan, acara peringatan kebangsaan, majlis diplomatik penting, acara sukan utama dan lain-lain majlis-majlis yang sewajarnya.

    Walaupun terdapat sekatan, undang-undang itu juga menggalakkan orang ramai untuk menyanyikan lagu pada majlis-majlis yang tepat untuk menzahirkan rasa patriotisme.

    Undang-undang itu menyatakan bahawa lagu itu harus dimasukkan dalam buku teks untuk pelajar di sekolah rendah dan menengah. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda