Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    China, EU capai perjanjian pelaburan

    BEIJING, 31 DIS – China dan Kesatuan Eropah (EU) berjaya memuktamadkan rundingan perjanjian pelaburan membabitkan kedua-dua pihak mengikut jadual ditetapkan.

    Pengumuman mengenai perkara itu dibuat secara maya antara Presiden China, Xi Jinping dengan Canselor Jerman, Angela Merkel, Presiden Perancis, Emmanuel Macron, Presiden Majlis Eropah, Charles Michel dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen pada malam semalam.

    Menurut Presiden China, negaranya bukan sahaja berusaha untuk membina situasi pembangunan yang baharu, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan membuka ruang kerjasama kepada Eropah sahaja, malahan kepada dunia.

    Pada masa sama, Xi berharap Eropah dapat mempertahankan perdagangan bebas dan multilateralisme, menyediakan iklim perniagaan yang terbuka, serta bertindak adil tanpa diskriminasi.

    Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerjasama pragmatik China-Eropah berjaya mengekalkan momentum seterusnya menghasilkan pencapaian serta trend perkembangan yang positif. Untuk rekod, EU kini merupakan rakan dagang kedua terbesar China selepas ASEAN, manakala China berada di tangga teratas sebagai rakan dagang terbesar EU.

    Statistik terkini turut menunjukkan, walaupun tercetus pandemik COVID-19, jumlah nilai perdagangan dua hala China-Eropah berjaya mencatat AS581.28 bilion, peningkatan berbanding 3.5 peratus. – Bernama

    Skrin menunjukkan (dari kiri): Presiden China Xi Jinping, Presiden Majlis Eropah Charles Michel, Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen (bawah kanan), Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Canselor Jerman Angla Merkel semasa persidangan video mesyuarat Pemimpin EU-China di ibu pejabat Majlis Eropah di Brussels pada 30 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda