China, Filipina ikrar kerjasama teroka minyak dan gas

MADRID, 16 DIS – Menteri Luar Negeri China, Wang Yi bersama Setiausaha Luar Negeri Filipina, Teodoro Locsin bersetuju hari ini untuk melanjutkan kerjasama dua hala dalam penerokaan minyak dan gas.

Mesyuarat mereka berlangsung semasa Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri Pertemuan Asia-Eropah ke-14 (ASEM) di Madrid.

Wang menyatakan keyakinan dalam perkembangan China-Filipina, berkata China memiliki kepentingan besar dalam hubu-ngannya dengan Filipina.

Beliau percaya hubungan dua hala itu mencakupi peluang pembangunan baharu ketika kedua-dua buah negara akan meraikan ulang tahun ke-45 tahun hadapan penubuhan hubungan diplomatik.

Menurut menteri luar negeri China, China sudah bersedia untuk bekerja bersama Filipina untuk mengimplementasikan konsensus penting antara kedua-dua ketua negara dan akan terus menekan kemajuan substantif dalam kerjasama minyak dan gas menurut memorandum persefahaman kedua-dua negara.

Locsin bersetuju dengan penilaian itu mengatakan negaranya sudah bersedia untuk bekerjasama dengan China bagi mempromosi kemajuan dalam kerjasama tersebut. – Xinhua

Teodoro Locsin menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri ASEM di Istana Diraja El Pardo dekat Madrid pada 16 Disember. – AFP