BEIJING, 31 Dis – China akan menggantungkan pengeluaran sebanyak 553 buah kenderaan penumpang yang belum lagi memenuhi standard kerajaan terhadap penggunaan bahan api.
Penggantungan itu akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari, menurut Pusat Perkhidmatan Teknologi Kenderaan China, dengan memetik kelulusan daripada Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT).
Model itu melibatkan produk daripada beberapa pengeluar domestik utama dan usaha sama seperti FAW-Volkswagen, Automotif Benz Beijing, Chery dan Dongfeng Motor Corporation.
Untuk menangani pencemaran dengan sepenuhnya, China telah mendesak bagi pengangkutan hijau dengan menguatkuasakan had pelepasan dan menggalakkan penggunaan tenaga baru (NEVs).
Pihak berkuasa mengumumkan pada awal bulan ini, pengetatan had pelepasan akan secara beransur-ansur diambil alih oleh kenderaan bermotor yang baru, manakala pembeli NEVs akan terus menikmati pengecualian cukai pembelian untuk tempoh tiga tahun akan datang. – Xinhua