YOKOHAMA, Jepun, 7 Mei – Menteri Kewangan China Xiao Jie menggesa Bank Pembangunan Asia (ADB) supaya memainkan peranan yang positif dalam menyokong ekonomi, kelas sosial dan komuniti yang berlainan di Asia supaya berkongsi hasil globalisasi ekonomi.
Xiao berkata pada Mesyuarat Tahunan Lembaga Gabenor ADB ke-50 di sini bahawa ekonomi dunia masih mengalami penyelarasan, dengan globalisasi menghadapi cabaran, ketidaksamaan kekayaan dan jurang utara-selatan diberi tumpuan.
Beliau berkata Asia, tempat tinggal kepada lebih separuh daripada penduduk dunia, masih menghadapi tugas sukar dengan lebih 300 juta penduduk hidup dalam kemiskinan.
Beliau meminta ADB supaya mempergunakan sumber dengan sebaiknya untuk menyokong pertumbuhan yang berorientasikan pembaharuan dengan mempromosi inovasi konsep pembangunan, inovasi mekanisme dan inovasi teknologi, untuk meringkaskan, menyebar dan berkongsi pengalaman pembangunan Asia dan menikmati kemakmuran bersama di Asia. – Xinhua