Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    China gesa Belanda selesaikan isu Nexperia secepat mungkin

    BEIJING, 22 OKT – Menteri Perdagangan China menggesa kerajaan Belanda supaya menyelesaikan pertikaian yang semakin meruncing berhubung syarikat pembuat cip Nexperia milik China tetapi berpangkalan di Belanda ‘secepat mungkin’, sambil menuduh tindakan itu menjejaskan rantaian bekalan semikonduktor global.

    Pegawai Belanda pada akhir September telah menggunakan undang-undang era Perang Dingin bagi mengambil alih kawalan terhadap Nexperia atas alasan keselamatan negara, ketika sektor berkenaan menjadi tumpuan ketegangan geopolitik.

    Syarikat itu kemudian menyatakan bahawa Beijing pula telah melarangnya daripada mengeksport barangan tertentu dari China sejak 4 Oktober lalu.

    “Tindakan Belanda telah menjejaskan kestabilan rantaian bekalan global dengan serius,” kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao kepada Menteri Ekonomi Belanda, Vincent Karremans kelmarin, semasa satu panggilan telefon.

    “China menggesa pihak Belanda supaya berpandukan kepada pendirian umum dalam melindungi keselamatan dan kestabilan ran-taian bekalan global serta menyelesaikan isu ini dengan sewajarnya secepat mungkin,” kata Wang menurut kenyataan kementeriannya.

    Panggilan tersebut diadakan ‘atas permintaan’ Karremans, menurut kenyataan itu. “Kami membincangkan langkah-langkah lanjut ke arah mencapai penyelesaian yang dapat memberi manfaat kepada kepentingan Nexperia, ekonomi Eropah dan ekonomi China,” kata Karremans dalam kenyataan kementeriannya sendiri.

    “Dalam tempoh akan datang, kami akan terus berhubung dengan pihak berkuasa China bagi mencari penyelesaian yang membina.” – AFP

    Ibu pejabat Nexperia dilihat di Nijmegen, Belanda, pada 14 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda