Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    China gesa junta ‘hapus’ sindiket penipuan dalam talian

    YANGON, 27 JULAI – China memberitahu junta Myanmar untuk ‘menghapuskan’ pusat-pusat penipuan dalam talian di kawasan sempadan tanah haramnya yang menyasar warga negara China, kata Kedutaan Besar Beijing di Yangon.

    Sindiket jenayah dituduh telah memancing atau menculik warga China dan negara-negara lain ke kawasan tanah haram di sepanjang sempadan utara dan timur Myanmar dan memaksa mereka bekerja sebagai penipu dalam talian.

    Para penipu biasanya menyasar rakan senegeri mereka dan melatih mereka selama berminggu-minggu sebelum memujuk mereka untuk melaburkan wang ke dalam platform pelaburan palsu dan penipuan lain, kata para penganalisis.

    Penipuan-penipuan itu telah membangkitkan kemarahan Beijing – sekutu utama dan pembekal senjata kepada junta yang diasingkan secara antarabangsa.

    Duta Beijing telah mengadakan ‘rundingan khas’ pada Isnin dengan menteri luar junta tentang ‘memerangi jenayah termasuk penipuan komunikasi dalam negeri’, menurut kenyataan kedutaan yang dikeluarkan pada Selasa.

    “Penipuan komunikasi terus merebak di kawasan sempadan Myanmar termasuk utara Myanmar hingga menjejaskan kepentingan peribadi rakyat di China dan Myanmar,” kata duta itu berdasarkan kenyataan tersebut.

    “Penipuan komunikasi dan judi dalam talian di Myanmar harus dihapuskan,” tambahnya. – AFP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda