China guna BDS realisasikan automasi terminal kontena

BEIJING, 18 JAN – Jabatan Pengangkutan Air di bawah Kementerian Pengangkutan China mengumumkan negara ini buat julung kalinya menggunakan Sistem Pandu Arah Satelit Beidou (BDS) untuk mewujudkan automasi terminal kontena.

Pagi Ahad lalu, trak-trak elektrik tanpa pemandu membawa kontena melepasi stesen buka kunci automatik sebelum berhenti di lokasi yang ditentukan di kawasan rintis pemanduan automatik terminal kontena Pelabuhan Tianjin.

Presiden Kumpulan Pelabuhan Tianjin, JiaoGuangjun memaklumkan, setelah diubah suai, tahap keberkesanan terminal kontena di pelabuhan itu meningkat kira-kira 20 peratus, manakala jumlah penggunaan sumber tenaga bagi seunit kontena menurun 20 peratus, sementara kos pengendalian bersepadu turut menurun sebanyak 10 peratus.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penggunaan BDS dalam bidang pengangkutan di China dilihat semakin rancak yang turut menyaksikan pesawat kargo dilengkapi BDS buat pertama kali. – Bernama

Gambar fail 25 November 2019 menunjukkan trak kontena tanpa pemandu dilihat di terminal kontena pelabuhan Jingtang, Tangshan, Wilayah Hebei, China. – Xinhua