China hantar 20 juta topeng ke Rusia

NANJING, CHINA, 20 APRIL – Sebuah kereta api barang yang membawa 20 juta penutup hidung dan mulut berlepas dari bandar Suzhou timur China hari ini dan dijadualkan tiba di Moscow dalam masa 12 hari, lapor agensi berita Xinhua.

Penghantaran itu susulan perjanjian dimeterai antara China Sinopharm International Corporation dan Rusia pada Mac lalu.

Pengurus besar syarikat itu Zhang Fan berkata lebih 200 TEU bekalan seperti katil yang digunakan di bilik pembedahan dan picagari akan dihantar ke Eropah menjelang bulan depan. – Bernama