Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    China hantar bantuan kecemasan kepada Afghanistan

    KABUL, 30 Okt – Kedutaan China di Afghanistan berkata semalam China akan membekalkan Afghanistan dengan 4,242 tan beras iaitu bantuan makanan kecemasan ke negara yang dibelenggu kegiatan militan itu.

    Wakil diplomatik China Zhang Zhixin bersama dengan pemangku Menteri Negeri untuk Pengurusan Bencana dan Hal Ehwal Kemanusiaan Afghan Mohammad Aslam Sayas menghadiri satu upacara penyerahan di sini pada pagi semalam. Pihak China menyerah kumpulan 502 tan beras pertama, yang selebihnya akan tiba di Kabul sebelum Mac 2018.

    Zhang memberitahu wartawan pada upacara bahawa tatkala musim sejuk semakin dekat, sesetengah penduduk Afghan, terutamanya di kawasan luar bandar, berdepan dengan kesukaran dan bantuan makanan yang didermakan oleh China baru-baru ini akan membantu penduduk yang memerlukan untuk menerima bantuan sebelum musim sejuk.

    Sebagai negara jiran yang rapat dengan Afghanistan, China berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan Afghan dalam membantu penduduk Afghan untuk menghadapi krisis makanan, kata beliau.

    Sayas memberitahu wartawan kumpulan pertama makanan yang didermakan akan dihantar ke lima wilayah yang paling teruk terjejas di negara pergunungan. Beliau juga menyatakan terima kasih kepada China atas kerjasamanya dengan kerajaan dan rakyat Afghanistan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda