Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    China hantar lagi vaksin COVID ke Kemboja

    BEIJING, 30 MAC – China menyumbang sebanyak lima juta lagi dos vaksin COVID untuk Kemboja pada Selasa. 

    Naib Ketua Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China, Deng Boqing berkata bantuan vaksin itu menepati janji China untuk terus menyokong usaha melawan wabak di Kemboja.

    Sumbangan itu susulan perbualan telefon antara Presiden China, Xi Jinping dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen pada 18 Mac lalu.

    “Setakat ini, China telah menyumbang 42 juta dos vaksin COVID kepada Kemboja dan menjadi pembekal vaksin terutama bagi negara itu.

    “Selain itu, China juga kerap menghantar kumpulan pakar perubatan ke negara itu, menjalankan sesi perkongsian maklumat menerusi pautan video dengan pihak Kemboja, di samping membantu negara itu membina makmal ujian asid nukleik.

    “Hospital Persahabatan Preah Kossamak China-Kemboja yang dibina dengan bantuan China telah beroperasi pada 21 Mac dan dipercayai akan memainkan peranan penting dalam usaha membendung pandemik dan memperkasa pembentukan sistem kesihatan awam di negara itu,” kata Deng. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda