BEIJING, 2 MAC – China telah mengharamkan guru-guru sekolah daripada melaksanakan sebarang hukuman yang boleh mengakibatkan trauma fizikal atau mental, selepas beberapa kematian pelajar dikaitkan dengan disiplin keras dalam beberapa tahun ini. Peraturan baharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan yang berkuat kuasa semalam melarang hukuman di sekolah yang memalukan pelajar, serta memperkukuh pengharaman hukuman dera.