China hasilkan kapal kontena gergasi mesra alam

BEIJING, 29 OKT – Kapal kontena gergasi dengan dua bahan bakar, dibina bersama Kumpulan Pembinaan Kapal Negara China (CSSC) dan Syarikat Perdagangan Pembinaan Kapal China (CSTC) diserahkan kepada Kumpulan CMA CGM Perancis dan dengan rasminya beroperasi di Shanghai Selasa lalu.

Kapal dikenali “Champs Elysees” itu hasil rekaan CSSC yang turut memegang hak harta intelek sepenuhnya ke atas kapal tersebut.

Mempunyai ukuran panjang 399.9 meter dengan lebar 61.3 meter, kapal itu boleh menampung muatan seberat 220 ribu tan.

Selain itu ia juga mempunyai kapasiti sehingga 23,000 kontena TEU sekali gus menjadikannya kapal kontena dua bahan bakar terbesar di dunia.

Kapal berkenaan juga berupaya menampung 2,200 kontena berukuran 40 kaki dan merupakan kapal kontena dwi-bahan bakar paling besar di dunia.

Penggunaan dua bahan bakar iaitu LNG dan minyak, banyak membantu dalam mengurangkan pelepasan pencemaran. – Bernama