China hos Piala Asia 2023

SEOUL, 16 Mei – Korea Selatan telah menarik semula bidaan mereka bagi mengadakan kejohanan bola sepak Piala Asia pada tahun 2023, menurut pihak berkuasa, meninggalkan hanya China sahaja menjadi calon untuk menghoskan kejohanan itu.

Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) menyatakan dalam kenyataannya bahawa ia menarik diri kerana mahu memberikan tumpuan pada bidaan bersama dengan Korea Utara bagi menghoskan Piala Dunia Wanita pada tahun yang sama.

KFA mengumumkan bidaan bersama itu pada Mac, tetapi hubungan diplomatik antara Pyongyang dan Seoul sejak itu merosot dengan perbincangan nuklear antara Korea Utara dan AS terbantut.

“Bagi Piala Dunia Wanita, FIFA dan kerajaan Korea Selatan akan memberikan sokongan berterusan agar penganjuran bersama Korea Selatan dan Utara dapat direalisasikan,” kata ketua KFA, Chun Han-jin dalam satu kenyataan lewat semalam.

Penarikan diri Seoul bagi Piala Asia bermakna pada 4 Jun nanti, China akan disahkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menjadi hos kejohanan negara-negara itu buat kali kedua.

China telah menganjurkan kejohanan itu pada 2004 ketika hos tewas 3-1 kepada Jepun di final Beijing. – AFP