Friday, January 31, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    China ikrar dorong pembangunan AI yang inklusif, universal

    BEIJING, 6 DIS – China menyambut pelbagai negara di dunia melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan Kumpulan Rakan Kolaborasi Antarabangsa Pembangunan Kemampuan Kecerdasan Buatan (AI), melaksanakan Rancangan Universal Pembangunan Kemampuan AI, menjana impak sosial di persada antarabangsa, memperluas kerjasama dan mengecilkan jurang perbezaan dalam bidang AI agar mencetuskan momentum kuat bagi pembangunan lestari dalam senario global.

    Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian pada sidang media di sini hari ini.

    Beliau berkata penubuhan kumpulan berkenaan diwartakan dalam mesyuarat pertamanya yang dianjurkan bersama China dan Zambia di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa.

    Turut hadir, perwakilan dari lebih 80 negara termasuk Mesir, Pakistan, Brazil, Etiopia, Indonesia, Rusia, Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Britain. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda