Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    China-India sepakat perbaiki hubungan, redakan isu sempadan

    TIANJIN, 31 OGOS – Pemimpin China, Xi Jinping dan Perdana Menteri India, Narendra Modi telah berikrar hari ini untuk menyelesaikan perbezaan sempadan serta memperkukuh kerjasama, menjelang pembukaan sidang kemuncak serantau di Tianjin.
     
    Lawatan pertama Modi ke China ini berlangsung selepas hubungan kedua-dua negara merosot akibat pertempuran berdarah antara askar China dan India pada 2020. 
     
    Lawatan tersebut adalah sebahagian daripada penglibatan India dalam Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), sebuah kumpulan politik, ekonomi dan keselamatan serantau yang diasaskan oleh China.
     
    Dalam ucapan pembukaan, Modi berkata hubungan dengan China telah bergerak ke arah yang ‘bermakna’, sambil menambah, ‘terdapat suasana aman di sempadan selepas pengunduran tentera’.
     
    Xi pula berkata beliau berharap pertemuan di Tianjin akan ‘meningkatkan lagi’ dan ‘menggalakkan perkembangan berterusan, sihat dan stabil hubungan dua hala,’ menurut penyiar rasmi CCTV
     
    Kedua-dua pihak, kata Xi, tidak seharusnya ‘membiarkan isu sempadan mendefinisikan keseluruhan hubungan China-India’, sambil menekankan pembangunan ekonomi bagi kedua-dua negara sepatutnya menjadi fokus utama. – AP 
     
    Perdana Menteri India Narendra Modi, (kiri) dan Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan di luar sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Tianjin, China kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda