Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    China, India setuju ‘kekalkan keamanan’

    BEIJING, 16 OGOS – China dan India bersetuju untuk ‘mengekalkan keama-nan’ di sepanjang sempadan yang menjadi pertikaian di kawasan Ladakh di wilayah Jammu dan Kashmir.

    Persetujuan itu dicapai semasa mesyuarat peringkat komander kor China-India pusingan ke-19 yang diadakan di titik pertemuan sempadan Chushul-Moldo di Ladakh di sepanjang Garis Kawalan Sebenar (LAC) pada Ahad dan Isnin, lapor agensi Anadolu.

    “Sementara itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman di kawasan sempadan.

    “Mereka bersetuju untuk menyelesaikan isu-isu selebihnya dengan cara yang cepat dan mengekalkan momentum dialog dan rundingan melalui saluran ketenteraan dan diplomatik,” menurut kenyataan yang dikeluarkan di Beijing dan New Delhi lewat Selasa. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda