Monday, July 14, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    China, Indonesia eratkan kerjasama tumpu projek ikonik

    JAKARTA, 26 MEI – China dan Indonesia bersedia meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pembangunan di negara masing-masing serta menumpukan kepada kerjasama yang berkualiti dan projek ikonik di bawah ‘Inisiatif Jalur dan Laluan’ (BRI).

    Sementara itu, kedua-dua pihak perlu meningkatkan kesalinghubungan dalam pasaran dan kerjasama perindustrian, di sampling memudahkan pelaburan dan perdagangan, meneroka potensi kerjasama dalam bidang kewangan, sumber tenaga baharu, ekonomi digital, Kecerdasan Buatan (AI), aeroangkasa dan maritim.

    Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri China, Li Qiang dalam pertemuan bersama Presiden Indonesia, Prabowo di Istana Kepresidenan di Jakarta pagi semalam waktu tempatan.

    Menurut Li, China bersedia untuk me-rancakkan pertukaran sosiobudaya dengan Indonesia, memudahkan mobiliti keanggotaan, meningkatkan kerjasama dalam meningkatkan kehidupan rakyat termasuk pembasmian kemiskinan dan kesihatan demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

    “China bersedia bersama-sama negara membangun termasuk Indonesia untuk memartabatkan Lima Prinsip Hidup Berdampingan secara Damai dan Semangat Bandung, memperincikan pelaksanaan tiga Inisiatif Global, mempertahankan amalan multilateralisme dan perdagangan bebas, mendorong pembentukan dunia multipolar yang setara dan teratur serta globalisasi ekonomi yang inklusif bernilaikan universal, melindungi kepentingan milik bersama dan memajukan pembangunan keamanan dan kestabilan serantau dan dunia,” kata Li.

    Sementara itu, Prabowo menyatakan bahawa tahun ini merupakan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

    Indonesia bersedia untuk mengukuhkan perkongsian strategik komprehensif dengan China, mendorong pembinaan bersama komuniti berkongsi nasib Indonesia-China di samping meningkatkan kerjasama dalam bidang pertanian dan ekonomi hijau. – Bernama

    Prabowo Subianto (kiri) dan Li Qiang memeriksa kawalan kehormatan semasa upacara penyambutan di Istana Presiden di Jakarta pada 25 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda