Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta dari dalam dan luar negara.

    Seminar itu antara lain turut membincangkan mengenai semangat Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia, pengalaman China dalam pembangunan hak asasi manusia serta trend perkembangan sejagat dan cabaran yang dihadapi dunia.

    Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) meluluskan Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia pada 10 Disember 1948.

    Para peserta seminar kali ini sependapat bahawa China turut memainkan peranan penting dalam deklarasi itu dengan aktif menyertai, mempromosi dan mempraktikkan deklarasi berkenaan sejak 75 tahun yang lalu.

    Mereka menyatakan bahawa China meletakkan jaminan hak asasi manusia antara keutamaan dalam tadbir urus negara, memasukkan artikel ‘negara menghormati dan menjamin hak asasi manusia’ dalam perlembagaan dan berjaya mengeluarkan kira-kira 100 juta orang penduduk di luar bandar dari belenggu kemiskinan.

    Pada masa sama, China telah membina sistem pendidikan, jaminan sosial dan kesihatan yang meliputi populasi paling ramai di dunia, mengembangkan demokrasi rakyat seluruh proses, menyempurnakan jaminan perundangan hak asasi manusia dan aktif menyertai tadbir urus hak asasi manusia global. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...