Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    China jadi tuan rumah mesyuarat BRICS

    BEIJING, 23 JUN — Presiden China, Xi Jinping kelmarin telah menganjurkan sidang kemuncak maya dengan pemimpin Brazil, Rusia, India dan Afrika Selatan secara kolektif yang dikenali sebagai BRICS, di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat mengenai prospek ekonomi global dan jurang politik yang semakin meruncing antara Beijing dan New Delhi.

    Walaupun belum ada senarai agenda dikeluarkan bagi untuk rundingan itu, Ukraine berkemungkinan besar akan menjadi sebahagian daripada tajuk perbincangan.

    China dalam pada itu enggan mengutuk pencerobohan Rusia dan pada masa yang sama mengkritik sekatan yang dikenakan terhadap Moscow. India pula telah membeli sejumlah besar minyak Rusia dengan diskaun yang besar. Manakala Afrika Selatan berkecuali pada undian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengutuk tindakan Rusia.

    Pemimpin-pemimpin negara yang dijadualkan mengikuti perbincangan dua hari itu ialah Perdana Menteri India, Narendra Modi, Presiden Rusia, Vladimir Putin, Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa dan Presiden Brazil, Jair Bolsonaro.

    China telah berusaha untuk memanfaatkan mesyuarat BRICS bagi memajukan visi perikatannya untuk menentang perintah dunia demokrasi liberal yang diketuai Amerika Syarikat (AS) sambil mengembangkan jejak ekonomi dan politiknya.

    Hal tersebut telah menghasilkan beberapa keputusan yang ketara, tetapi Xi tetap komited kepada idea alternatif terutamanya kawalan autoritarian iaitu mod tadbir urus global yang melabur banyak di negara seperti Kemboja sambil menggesa hak sivil di Hong Kong dan meningkatkan kekuatan tenteranya untuk menegaskan tuntutannya dalam Laut China Selatan dan ancaman bagi menggabungkan Taiwan dengan kekerasan.

    Dalam ucapan semasa Sidang Kemuncak Ekonomi BRICS kelmarin, Xi berkata bahawa konflik di Ukraine telah ‘membunyikan penggera bagi manusia di seluruh dunia’, meneruskan kedudukan berkecuali secara formal sambil menyokong sekutunya Rusia.

    Xi juga berkata sekatan yang dikenakan boleh bertindak sebagai ‘tindakan’ dan membawa ‘dua akibat’, serta masyarakat global akan mengalami trend ekonomi global dan aliran kewangan yang ‘dipolitikkan, dijenterakan dan dipersenjatai’. – AP

    Presiden China, Xi Jinping berucap semasa sidang kemuncak maya dengan pemimpin BRICS kelmarin. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...