BEIJING, 17 MAC – Penularan COVID-19 yang memasuki gelombang kedua nyata membimbangkan apabila beberapa negara mengisytiharkan darurat terutama di Eropah.
Wabak itu yang kini membunuh ribuan nyawa menyebabkan ramai tertanya-tanya siapa individu pertama dijangkiti virus itu.
Menurut South China Morning Post, data kerajaan China berjaya menjejaki individu pertama yang dijangkiti Covid-19. Malah, laporan itu menyatakan individu itu sebenarnya sudah disahkan positif virus itu pada 17 November tahun lalu.
Individu berkenaan adalah warga emas berusia 55 tahun yang berasal dari wilayah Hubei, China, iaitu pusat bermulanya wabak Covid-19 ini. – Agensi