Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    China, Jepun tangguh operasi feri, penerbangan

    BEIJING, 4 SEPT – Bandar-bandar di timur China telah menangguhkan perkhidmatan feri dan sekolah manakala Jepun membatalkan penerbangan hari ini ketika Taufan Hinnamnor, ribut global terkuat tahun ini, membawa haluannya ke Taiwan dengan Korea berdepan angin kencang dan hujan lebat.

    Shanghai menghentikan perkhidmatan feri dan mengerahkan lebih 50,000 pegawai polis untuk membantu usaha menyelamat dan menghalakan lalu lintas keluar dari kawasan bahaya.

    Hab perniagaan timur Wenzhou mengarahkan semua kelas digantung esok.

    Hinnamnor diramalkan bergerak secara beransur-ansur ke utara Laut China Timur dengan angin berkelajuan maksimum 175 kilometer sejam, menurut Balai Cerap Hong Kong.

    Pemindahan dan pembatalan penerbangan telah diarahkan di selatan Pulau Okinawa Jepun. Taufan itu juga dijangka membawa hujan lebat ke Semenanjung Korea, membawa kemungkinan banjir.

    Pejalan kaki berpaut pada pokok untuk melindungi mereka daripada angin kencang ketika Taufan Hinnamnor membadai Naha, Okinawa, Jepun pada 4 September. – AP

    Pusat Meteorologi Kebangsaan China mengeluarkan amaran taufan kuning pada 10 pagi hari ini, dan memberi amaran hujan lebat di timur laut Zhejiang, Shanghai dan Taiwan.

    Kapal-kapal diarahkan untuk kembali ke pelabuhan bagi berlindung daripada angin, dan pusat itu juga menggesa orang ramai supaya tidak mengadakan perhimpunan besar di mana-mana.

    Di Jepun, taufan itu melanda Okinawa dan pulau-pulau berdekatan dengan hujan lebat dan angin kencang, mengancam banjir dan menyebabkan lebih 100 penerbangan yang menghubungkan pulau-pulau dan bahagian pulau selatan utama Kyushu terhenti.

    Rakaman di televisyen nasional NHK Jepun menunjukkan pokok-pokok bergoyang kuat oleh ribut, dengan hujan lebat melanda turapan.

    Sebuah rumah hijau menanam mangga di Pulau Ishigaki telah musnah. Di pulau utama Okinawa, dua warga emas terjatuh dan cedera ringan, menurut laporan media. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...