Wednesday, January 29, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    China juara Piala Sudirman ke-13

    SUZHOU, CHINA 21 MEI – China merangkul kejuaraan Piala Sudirman ke-13 hari ini, mengalahkan Korea Selatan di tempat sendiri pada acara sukan utama pertama sejak pembatalan sekatan pandemik.

    Diisokong oleh penonton yang bersemangat dengan trompet merah dan putih serta bunyi hon yang nyaring di bandar timur Suzhou, China dengan mudah mengatasi pasukan Korea dengan keputusan 3-0.

    Chen Yufei menewaskan pemain nombor dua dunia, An Se Young 21-16, 22-20 dalam perseorangan wanita untuk melakar kemenangan, menyaksikan stadium yang penuh sesak itu dipenuhi dengan sorakan dan seluruh pasukan China bergegas ke gelanggang untuk menari dalam bulatan.

    Kejohanan itu merupakan salah satu kejohanan badminton yang paling penting, dan tahun ini pertaruhannya lebih tinggi kerana prestasi akan diambil kira untuk kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

    China telah melalui separuh akhir yang sukar menentang Jepun semalam, dengan pasangan beregu lelaki Liu Yuchen dan Ou Xuanyi menyelamatkan empat mata perlawanan sebelum menang.

    Korea Selatan menewaskan Malaysia 3-1 dalam perjalanan ke final semalam.

    Zheng Siwei dan Huang Yaqiong tewas dalam permainan pembukaan beregu campuran tetapi menariknya kembali dalam perlawanan kedua yang tegang dengan setiap mata dipertaruhkan, dan seterusnya memenangi perlawanan dengan skor 18-21, 22-20, 21-8.

    Zheng yang gembira melompat-lompat dalam keterujaan, menanggalkan bajunya dan melemparkannya kepada orang ramai. Pasangannya Huang melemparkan raketnya kepada penonton yang gembira bersorakan. – AFP

    Pemain China meraikan kejayaan bersama trofi kemenangan mereka dalam kejohanan badminton Piala Sudirman 2023 di Suzhou di wilayah Jiangsu timur China. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda