Sunday, December 22, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    China kecam ‘amalan buli’ AS

    BEIJING, 31 DIS – Menteri luar China telah mengecam ‘amalan buli’ antarabangsa ketika bertemu dengan rakan sejawatan Irannya hari ini, dalam kritikan terbaharu negara terhadap dasar asing Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran Trump.

    Wang Yi mengesahkan semula keutuhan hubungan dua hala dalam kata-kata pembukaan pada awal rundingan dengan Mohammad Javad Zarif.

    Lawatan menteri Iran menyusuli satu kunjungan ke sekutu rapat Rusia dan diadakan sejurus selepas latihan pertama di antara tentera laut ketiga-tiga buah negara di utara Lautan India.

    “Kami perlu bersatu menentang fahaman satu hala dan amalan membuli,” kata Wang.

    China merupakan negara penandatangan perjanjian nuklear 2015 dengan Iran dan telah mengkritik AS kerana meninggalkan perjanjian sebagai memilih satu kempen tekanan diplomatik dan ekonomi.

    Menteri Luar China Wang Yi (kanan) berjabat tangan dengan Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif semasa mesyuarat mereka di Rumah Tetamu Diaoyutai di Beijing kelmarin. – AFP

    Tanpa menyebut AS, Wang berkata China dan Iran akan mempertahankan kepentingan negara mereka serta ‘mendukung fahaman berbilang pihak dan norma-norma yang mengawal hubungan antarabangsa.’

    Zarif membalas dengan berkata bahawa kedua-dua negara bersatu dalam ‘usaha kami untuk memerangi fahaman satu pihak dan mempromosi fahaman berbilang pihak’ pada 2020.

    Perjanjian 2015 di antara Iran dan Britain, China, Perancis, Jerman, Rusia dan Amerika Syarikat membatalkan sekatan ke atas Iran sebagai tukaran terhadap had untuk program nuklearnya. AS menarik balik daripada perjanjian pada 2018 dan mengenakan sekatan ekonomi yang menyekat Iran daripada menjual minyak mentah ke luar negara.

    Sejak itu, Tehran telah membatalkan pematuhannya sendiri dengan syarat-syarat perjanjian, termasuk melancarkan operasi baharu di reaktor nuklear air.

    Tindakan Iran telah dikutuk oleh kerajaan Barat sebagai tidak diterima dan ketegangan di rantau, sementara Rusia dan China menyalahkan AS. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda