Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    China kecam kritikan siasatan COVID-19

    BEIJING, 31 MAC – China hari ini mengecam kritikan ‘tidak beretika’ ketika ia berdepan tekanan memuncak berhubung asal usul pandemik COVID-19, selepas ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencetuskan semula teori yang koronavirus itu mungkin terbocor dari sebuah makmal China.

    Pakar-pakar yang disokong WHO telah menilainya ‘sungguh tidak mungkin’ virus itu bocor dari sebuah makmal selepas misi sensitif dari segi politik mengunjungi bandar Wuhan, namun ketua badan PBB menekankan kelmarin bahawa ‘semua hipotesis adalah terbuka’ dan ‘waran lengkap dengan kajian selanjutnya’.

    AS juga mengetuai beberapa kebimbangan berhubung penemuan itu, dengan China berasa jengkel dengan tuduhan yang ia gagal memberi akses betul bersama data kepada para penyiasat.

    “Amalan mempolitikkan pencarian bagi asal usul virus itu sangat tidak beretika,” kata jurucakap wanita dari kementerian luar negeri China, Hua Chunying berkata pada sidang media, menekankan akses penuh telah diberikan kepada makmal Wuhan.

    China tidak menyebutkan secara langsung ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus atau dalam kenyataan oleh AS dan 13 sekutunya, namun Beijing membalas balik, mengatakan ia telah menunjukkan ‘sikap keterbukaannya, ketelusan dan kebertanggungjawabannya’. – AFP

    Gambar fail 3 Februari menunjukkan Institut Virologi Wuhan di wilayah Hubei, China. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda