BEIJING, 31 Mei – China, hari ini, menggesa Amerika Syarikat (AS) untuk berhenti membesar-besarkan isu Laut China Selatan, selepas Setiausaha Pertahanan AS, James Mattis berkata bahawa AS akan terus menangani China mengenai ‘pengukuhan ketenteraan’ di pulau-pulau Laut China Selatan.
“Membesar-besarkan mengenai ‘mengukuhkan ketenteraan’ di Laut China Selatan oleh beberapa orang di AS adalah sesuatu yang tidak munasabah,” kata jurucakap bagi Kementerian Luar China, Hua Chunying pada satu sidang media ringkas.
Dia berkata bahawa pasukan tentera yang dikerahkan AS jauh melebihi jumlah keseluruhan China dan negara-negara di pesisir Laut China Selatan.

“China bukan negara pertama atau yang mengerahkan sejumlah besar senjata di Laut China Selatan, atau ketenteraan yang paling aktif di rantau ini,” kata Hua.
“Jadi siapa yang ‘mengukuhkan ketenteraan’ di Laut China Selatan? Jawapannya sudah jelas.” Dia berkata adalah tidak salah bagi China untuk menubuhkan kemudahan pertahanan kebangsaan yang terhad di pulau-pulaunya, kerana ia adalah sebagai hak mempertahankan diri seperti yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa. – Xinhua