BEIJING, 30 Okt – China telah mengkritik duti anti-lambakan Amerika Syarikat baru ke atas kerajang aluminium, berkata ia ‘berasa amat tidak puas hati’ dengan langkah baru tersebut, beberapa hari sebelum Presiden Trump melawat Beijing.
Tarif berkenaan diumumkan pada Jumaat oleh AS ekoran timbulnya kebimbangan bahawa China sedang menjual pada harga lebih murah berbanding pengeluar Amerika dengan membanjiri negara dengan produk aluminium berharga rendah.
Namun pengaturan masa tersebut telah menimbulkan kebimbangan akan meletusnya perbalahan perniagaan ketika lawatan pertama Trump sebagai presiden ke ibu negara China pada minggu depan, apabila perdagangan di antara negara dijangka dibincangkan.
Pada petang Sabtu, Kementerian Perdagangan China berkata AS tidak menghiraukan peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia dengan memperkenalkan duti, dan tidak memenuhi kewajipan antarabangsanya.

“AS bukan sahaja menjejaskan kepentingan syarikat China, ia juga menjejaskan keseriusan dan kewibawaan peraturan berbilang pihak,” kata Wang Hejun, Pengarah Remedi Perdagangan dan Biro Siasatan, dalam satu kenyataan.
Jabatan Perdagangan AS merancang mengenakan duti baru sebanyak 96.81 peratus kepada 162.24 ke atas import kerajang aluminium China ke AS.
Tarif baru akan menjejas jenis kerajang aluminium yang ditemui di dapur, pembungkusan dan kereta.
Sejak menyandang jawatan presiden pada Januari, Trump telah mengelak daripada mengambil langkah pragmatik yang dipromosikan ketika kempen, di mana beliau mengugut akan melabel China ‘pemanipulasi mata wang’. Namun pentadbiran beliau telah mengamalkan dasar yang lebih keras ke atas perdagangan. – AFP