Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    China kekal pasaran robot industri terbesar di dunia

    BEIJING, 23 OGOS – China terus mengekalkan kedudukannya sebagai pasaran terbesar dunia bagi robot industri selama 11 tahun berturut-turut, menurut Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT), baru-baru ini.

    Menurut data yang dikongsi oleh Timbalan Menteri MIIT, Xin Guobin, pada tahun 2023, pengeluaran robot industri di China mencecah 430,000 unit, manakala pemasangan robot baharu di negara itu menyumbang lebih daripada separuh pasaran global dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

    “Selepas pembangunan pesat sedekad, China telah menjadi pemacu utama pertumbuhan industri robot global,” kata Xin, sambil menambah industri robot di China telah mencapai kemajuan besar dalam inovasi dan pembangunan, dengan kejayaan baharu dalam

    penyelidikan dan pembangunan teknologi persepsi bionik, kognisi, perancangan dan kawalan.

    Setakat Julai 2024, China mempunyai lebih daripada 190,000 paten berkaitan robot yang dikuatkuasakan, menyumbang kira-kira dua pertiga daripada jumlah keseluruhan paten global.

    Menurut Xin lagi, China sedang memperkukuh pelaksanaan inisiatif ‘Aplikasi Robot Plus’ yang bertujuan mempromosikan integrasi robot dalam pelbagai industri.

    Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, bilangan robot bagi setiap 10,000 pekerja dalam sektor pembuatan di China telah meningkat daripada 49 kepada 470.

    Persidangan lima hari itu bermula pada Rabu lalu, dengan penyertaan daripada 169 syarikat dari seluruh dunia, termasuk pemain utama seperti Tesla dan Siasun, dengan lebih daripada 600 unit robot dipamerkan, dan lebih 60 daripada robot tersebut membuat penampilan sulung pada persidangan tersebut. – Xinhua

    Robot manusia dipamerkan semasa Persidangan Robot Dunia 2024 di Beijing, ibu negara China, pada 21 Ogos. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda