Tuesday, July 22, 2025
32.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    China kekalkan kadar faedah pinjaman utama

    BEIJING, 21 JULAI – Bank Rakyat China (PBoC) mengekalkan kadar faedah pinjaman utama (LPR) hari ini ketika ekonomi negara itu berdepan permintaan domestik yang suram dalam persekitaran ekonomi global yang mencabar, lapor dpa-AFX.

    Bank pusat itu mengekalkan LPR setahun pada kadar tiga peratus.

    LPR lima tahun, yang menjadi tanda aras kadar gadai janji, turut dikekalkan pada 3.5 peratus.

    PBoC sebelum ini telah menurunkan kedua-dua kadar LPR sebanyak suku mata pada Oktober 2024 dan sebanyak 10 mata asas masing-masing pada Mei lepas.

    Kadar LPR ditetapkan setiap bulan berdasarkan penyertaan 18 bank yang ditetapkan, namun Beijing mempunyai pengaruh terhadap penetapannya.

    Bandar Shanghai. – Agensi

    LPR menggantikan kadar pinjaman penanda aras tradisional pada Ogos 2019.

    Pengumuman dasar monetari itu dibuat susulan data rasmi minggu lepas yang menunjukkan pertumbuhan ekonomi China perlahan kepada 5.2 peratus pada suku kedua berbanding 5.4 peratus pada suku pertama.

    Namun begitu, angka itu masih melebihi sasaran pertumbuhan tahunan kerajaan sekitar lima peratus.

    Di sebalik tekanan ekonomi yang tinggi, China mencatat pertumbuhan eksport kukuh sebanyak 5.8 peratus pada Jun.

    Sementara itu, pengeluaran industri meningkat kepada 6.8 peratus, jualan runcit pula berkembang lebih perlahan pada kadar 4.8 peratus, manakala pelaburan aset tetap hanya meningkat 2.8 peratus dalam separuh pertama tahun ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda