Tuesday, July 2, 2024
26.7 C
Brunei

    -

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN – China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin.

    Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana alam di beberapa kawasan yang terjejas, lapor Xinhua.

    Beberapa kawasan di Anhui, Jiangsu, Hubei, Hunan, Jiangxi dan Guizhou dijangka mengalami hujan lebat, manakala beberapa kawasan lagi dijangka menerima taburan hujan sehingga 280 milimeter dalam tempoh 24 jam sehingga 2 petang hari ini, menurut ramalan Pusat Meteorologi Kebangsaan.

    Agensi cuaca negara itu juga mengeluarkan amaran biru (tahap amaran terendah) di pelbagai wilayah lain termasuk Beijing, Hebei, Inner Mongolia, Hubei, Anhui dan Jiangsu.

    Agensi meteorologi tertinggi negara dan Kementerian Sumber Asli memberi amaran bahawa terdapat risiko bencana alam di beberapa kawasan di Anhui dan Hubei,  manakala sebahagian wilayah Zhejiang, Jiangxi, Henan, Hunan dan Guizhou juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga. – Bernama

    Sebuah astaka ditenggelami air banjir di Wuhan, wilayah Hubei tengah China, kelmarin. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea S wujudkan kementerian populasi, tangani penuaan, kadar kelahiran rendah

    SEOUL, 1 JULAI – Korea Selatan akan mewujudkan kementerian baharu bagi menangani kadar kelahiran rendah dan isu penuaan penduduk yang menjadi antara cabaran terbesar...