Friday, October 18, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    China keluarkan Kertas Putih mengenai Perlindungan Persekitaran Ekologi Laut

    BEIJING, 11 JULAI – Pejabat Penerangan Dewan Negara China mengeluarkan ‘Kertas Putih Mengenai Perlindungan Persekitaran Ekologi Laut China’, hari ini.

    Kertas putih itu secara sistematik menghuraikan konsep, amalan dan pencapaian dalam perlindungan persekitaran ekologi laut di negara itu.

    China antara negara yang paling awal mengajukan dan menetapkan garis merah bagi perlindungan ekologi, menambah baik sistem kawasan perlindungan laut dan melaksanakan projek pemuliharaan ekologi laut utama.

    Dengan usaha gigih itu, China berjaya mencapai kemajuan besar dalam kepelbagaian, kemantapan dan kelestarian ekosistem serta menjadi satu daripada beberapa negara yang mewujudkan peningkatan kawasan hutan bakau.

    Menurut kertas putih itu, China secara konsisten melengkapkan sistem undang-undang dan peraturan berkaitan, mempergiat amaran awal dan pemantauan ekologi laut, selain meningkatkan keupayaan pencegahan dan pengurangan bencana laut.

    Bermula 2012, menurut kertas putih tersebut, China telah mengemukakan lebih daripada 800 usul atau cadangan kepada organisasi antarabangsa, secara aktif mengambil bahagian dalam penyusunan peraturan antarabangsa mengenai perlindungan alam sekitar dan pemuliharaan sumber semula jadi.

    Sementara itu, China telah menandatangani perjanjian kerjasama Jalur dan Laluan (BRI) dengan lebih 50 negara dan organisasi antarabangsa, di samping memberikan bantuan dan latihan kepada negara luar dan menyumbang kepada usaha menangani cabaran ekologi laut di peringkat global. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda