Saturday, February 22, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    China kembalikan pasaran pelancongan dunia

    BEIJING, 10 OGOS – Beijing hari ini telah menarik balik larangan era COVID terhadap perjalanan kumpulan ke luar negara yang dikenakan semasa era Covid ke berpuluh-puluh negara, termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Jepun.

    Langkah itu berpotensi membawa kembali puluhan ribu pelancong China ke destinasi di seluruh dunia.

    China menutup negaranya dari dunia pada 2020 sebagai sebahagian daripada strategi sifar COVID yang ketat, menggunakan penggantungan visa dan kuarantin yang panjang bagi mengawal jangkitan virus ke negara itu.

    Pengumuman hari ini adalah langkah terbaharu ke arah pembukaan semula, selepas kerajaan China meng-hentikan langkah sekatan secara tiba-tiba pada bulan Disember.

    “Mulai sekarang, agensi pelancongan di seluruh negara dan syarikat pelancongan dalam talian akan meneruskan operasi lawatan kumpulan keluar” ke lebih 70 negara, termasuk AS, United Kingdom, Jepun dan Korea Selatan, kata Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China dalam satu kenyataan.

    Senarai negara-negara yang termasuk dalam kebenaran itu juga turut merangkumi kebanyakan negara ahli Kesatuan Eropah, India, Pakistan dan juga Australia.

    Keputusan itu turut bersesuaian dengan hubungan kembali mesra antara Canberra dan Beijing, yang telah menjadi retak sejak beberapa tahun yang lalu.

    Minggu lalu, China mengumumkan ia akan menghapuskan tarif tambahan ke atas barli Australia yang dikenakan pada 2020 pada kemuncak pertikaian sengit dengan kerajaan konservatif ketika itu. – AFP

    Pelancong China semasa melawat kuil Cina Pung Tao Gong di wilayah Chiang Mai, utara Thailand. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda