Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    China, Kemboja sedia perluas kerjasama perdagangan

    KUALA LUMPUR, 27 MEI – China bersedia bekerjasama dengan Kemboja untuk menggalakkan liberalisasi dan pemudahan perdagangan serta pelaburan bagi memperluas lagi kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri China, Li Qiang hari ini, lapor Xinhua.

    Dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, Li menyatakan kesediaan China untuk memperkukuh kerjasama dengan Kemboja dalam bidang seperti infrastruktur, ekonomi digital, pembuatan berteknologi tinggi dan tenaga bersih.

    Perdana Menteri China itu tiba di Kuala Lumpur kelmarin untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China.

    Dalam pertemuan sama, Li turut menyeru kedua-dua negara supaya bertindak balas terhadap ketidaktentuan luaran dengan bersama-sama mempromosikan pembangunan ekonomi dan melindungi kepentingan bersama melalui komuniti China-Kemboja dengan masa depan bersama.

    Berhubung jenayah rentas sempadan, Li berkata usaha China dan Kemboja dalam memerangi kegiatan itu telah menunjukkan hasil yang positif dan menyeru agar kedua-dua negara mengambil langkah lebih tegas dan berkesan bagi melindungi keselamatan rakyat masing-masing. – Bernama

    Li Qiang menyampaikan ucapan pembukaan semasa Sidang Kemuncak ASEAN dalam Majlis Kerjasama Teluk di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 27 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda