Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    China kesan dua kes, HK sahkan jangkitan komuniti

    BEIJING, 24 NOV – China hari ini melaporkan dua kes koronavirus baharu di bandar Shanghai dan Tianjin ketika ia berusaha mencegah penularan kecil menjadi lebih besar.

    Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan mengatakan terdapat dua kes jangkitan komuniti baharu dalam masa 24 jam lalu, satu dalam setiap bandar itu. Ia juga melaporkan 20 kes import daripada mereka yang pulang dari luar negara.

    Di Shanghai, ujian saringan besar-besaran dilakukan di lapangan terbang Pudong, yang turut menyaksikan beratus-ratus penerbangan dibatalkan. Satu jangkitan dikesan daripada pekerja Fedex. Sejumlah 17,719 pekerja disaring dan yang lain didapati negatif.

    Di Tianjin, di mana 2.3 juta orang diuji pada Isnin, melaporkan satu kes yang mendapati individu tersebut bergejala selepas ujian positif sebelumnya. China tidak memasukkan orang tanpa simptom dalam kiraan kes disahkan.

    Manakala di Hong Kong, pihak berkuasa mengarahkan bar dan kelab malam ditutup ketika bandar raya itu dicengkam jangkitan tempatan baharu.

    Ia melaporkan 80 jangkitan baharu hari ini, peningkatan tertinggi semenjak minggu pertama Ogos. Daripada kes baharu itu, 54 dikaitkan dengan penularan di studio tarian yang setakat ini membawa kepada 187 jangkitan.

    Menteri Kesihatan, Sophia Chan mengatakan terdapat pelbagai rantaian penularan di bandar itu dan jangkitan dengan sumber yang sukar dikesan, menekankan bahawa langkah-langkah penjarakan sosial mestilah diketatkan.

    Dia menggesa orang ramai mengelak perhimpunan ramai dan duduk di rumah manakala pihak berkuasa mewajibkan hotel, restoran dan pusat kecergasan memaparkan kod QR aplikasi Leave Home Safe bagi mempermudah pengesanan kontak.

    Hong Kong juga mewajibkan golongan berisiko tinggi diuji bagi virus tersebut yang setakat ini menjangkiti 5,782 orang termasuk 108 kematian di bandar itu. – AP

    Pegawai berdiri berhampiran dinding memisahkan bilik di Kemudahan Rawatan Komuniti di Asia World-Expo di Hong Kong, 24 November, ketika ia menyaksikan peningkatan dalam penularan COVID-19. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda