Friday, December 1, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    China kongsi kepakaran industri angkasa

    BEIJING, 2 NOV – China akan terus berkongsi kepakarannya dalam bidang angkasa dan teknologi sains dengan negara-negara anggota ASEAN dalam laluan baharu kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua belah, kata Penolong Menteri Luar Wu Jianghao.

    Beliau berkata ketika China terus mengukuhkan inovasi dalam bidang itu, ia juga akan membantu pembangunan industri angkasa ASEAN untuk manfaat dan sumbangan yang lebih besar kepada ‘penggunaan ruang angkasa secara aman’.

    “Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ruang angkasa telah menjadi bidang baharu, laluan baharu dalam kerjasama. Kami telah menjalankan pertukaran dan kerjasama rapat
    dalam aplikasi teknologi angkasa lepas, satelit komunikasi serta ukur dan pemetaan angkasa lepas dan telah mencapai keputusan cemerlang,” katanya.

    Wu berkata demikian menerusi rakaman ucapannya pada Dialog Tiangong: Bicara Pelajar ASEAN dengan Taikonout (angkasawan China) di Beijing Royal School di sini.

    Acara itu dianjurkan bersama oleh Pejabat Kejuruteraan Angkasa yang diurus China, Kedutaan Besar China di Negara Anggota ASEAN (AMS), Kedutaan AMS di China, dan Beijing Royal School.

    Empat angkasawan iaitu Chen Dong, Liu Yang dan Cai Xuzhe di stesen angkasa Tiangong sementara Liu Boming di Beijing Royal School berkongsi pengalaman mereka di angkasa dengan pelajar dari negara-negara ASEAN dan China dalam acara yang disiarkan secara langsung dari Beijing Royal School di sini.

    Sementara itu, Setiausaha Agung Pusat ASEAN-China (ACC) Shi Zhongjun berkata ACC akan terus memainkan peranannya sebagai jambatan untuk menggalakkan kerjasama yang lebih erat dalam sektor angkasa lepas dan secara aktif melibatkan dua pihak dalam kerjasama antarabangsa yang berkaitan dan bertukar skop yang lebih luas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...