Monday, October 7, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    China, Korea janji erat hubungan diplomatik

    SEOUL, 6 OKT – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dan Presiden China, Xi Jinping, berjanji untuk mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua buah negara ketika mereka bertukar-tukar mesej menandakan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik.

    Kim dalam mesej kepada Xi berkata beliau mematuhi kepentingan asas kedua-dua buah negara untuk sentiasa meneruskan dan membangunkan persahabatan Korea Utara-China yang mempunyai sejarah panjang dan tradisi yang baik,” lapor agensi berita Yonhap memetik agensi berita pusat Korea (KCNA).

    “Parti kami dan kerajaan akan terus berusaha untuk menyatukan dan membangunkan hubungan mesra dan kerjasama antara Korea Utara dan China seperti yang dikehendaki oleh era baharu,” kata Kim.

    Xi dalam mesejnya kepada Kim berkata hubungan antara kedua-dua negara telah ‘menghadapi perubahan zaman dan ujian situasi antarabangsa yang sentiasa berubah dan menjadi aset berharga yang dikongsi bersama oleh kedua-dua negara dan rakyat mereka.’

    “Saya memberi penekanan besar terhadap pembangunan hubungan China-Korea Utara,” kata Xi sambil menambah Beijing bersedia untuk mengukuhkan lagi hubungan ‘melalui komunikasi dan penyelarasan strategik yang diperkukuh serta pertukaran dan kerjasama mesra yang lebih mendalam.’ – Bernama

    Gambar fail bertarikh 20 Jun 2019 menunjukkan reaksi Xi (kiri) dan Kim semasa melintas menaiki kenderaan di sepanjang jalan di Pyongyang, Korea Utara. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda