BEIJING, 1 JAN – Bank pusat China hari ini berkata ia akan mengurangkan jumlah wang diperlukan bank bermula 6 Januari dalam usaha merangsang ekonomi yang lembap.
Bank Rakyat China mengumumkan bahawa nisbah keperluan rizab bagi institusi kewangan akan diturunkan sebanyak 50 mata asas. Agensi berita Xinhua berkata langkah itu akan melepaskan kira-kira 800 bilion yuan ( AS$114.6 bilion) ke dalam ekonomi untuk tujuan pinjaman, memberikan rangsangan kepada ekonomi menjelang Tahun Baharu Cina yang jatuh pada 25 Januari. Cuti tahunan China yang paling penting adalah masa ketika syarikat dan individu biasanya memerlukan sejumlah besar wang tunai untuk membayar bonus, hutang dan perbelanjaan lain. Walau bagaimanapun, Xinhua memetik seorang pegawai bank pusat yang tidak dikenali mengatakan bahawa langkah ini bukanlah program rangsangan kerajaan berskala besar. – AP