Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    China labur AS$1.9 bilion dalam firma semikonduktor

    BEIJING, 2 MAC – China sedang menyuntik pelaburan AS$1.9 bilion dalam pengeluar cip memori, menurut laporan media, ketika sekatan Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport semikonduktor menjejas cita-cita teknologi Beijing.

    Pengeluar semikonduktor, Yangtze Memory Technologies Co (YMTC) dijangka menerima 12.9 bilion yuan daripada Dana Pelaburan Industri Litar Bersepadu Nasional milik kerajaan, lapor Bloomberg hari ini, memetik data kerajaan.

    Tindakan itu diambil selepas Jabatan Perdagangan AS pada Disember menambah YMTC kepada ‘Senarai Entiti’, menyekat firma itu dan puluhan syarikat China lain daripada membeli teknologi cip AS.

    Washington dalam beberapa bulan ini telah memperketat sekatan ke atas pengeluar cip China, memetik isu keselamatan negara dan keupayaan teknologi itu digunakan oleh sektor pertahanan China.

    Menurut peraturan AS yang dikeluarkan minggu lalu, pengeluar cip yang menerima faedah daripada dana kerajaan AS$39 bilion mesti bersetuju tidak akan mengembangkan kapasiti di ‘negara membimbangkan’, termasuk China, selama satu dekad. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda