BEIJING, 19 DIS – Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) akan mengadakan latihan ketenteraan di Laut China Selatan pada 20 hingga 21 Disember, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Menurut Pentadbiran Keselamatan Maritim China hari ini, latihan itu akan berlangsung dari pukul 2 petang pada 20 Disember hingga 6 petang pada 21 Disember.
Agensi itu turut menyediakan koordinat zon latihan, yang akan ditutup kepada semua kapal sepanjang tempoh latihan. Tiada butiran lanjut didedahkan. – Bernama