Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    China laksana pengecualian visa untuk 6 negara

    BEIJING, 8 MAC – China memutuskan untuk melaksanakan dasar pengecualian visa terhadap pemegang pasport biasa dari enam negara iaitu Switzerland, Ireland, Hungary, Austria, Belgium dan Luxembourg, berkuat kuasa pada 14 Mac hingga 30 November 2024.

    Ini bagi meningkatkan dan memudahkan pertukaran lawatan antara rakyat China dan luar negara.

    Dalam tempoh itu, pemegang pasport biasa dari enam negara terbabit boleh memasuki China tanpa visa untuk tujuan perniagaan, pelancongan, melawat saudara-mara dan transit tidak melebihi 15 hari.

    Bagaimanapun, mereka yang tidak memenuhi syarat itu, masih perlu memohon visa ke China sebelum berlepas ke negara ini. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda