Selasa, Julai 29, 2025
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    China lancar 1,509 model besar AI

    BEIJING, 29 JULAI – China terus mempercepat pencapaian dalam pembangunan kecerdasan buatan (AI) apabila telah melancarkan sebanyak 1,509 model besar setakat ini, menjadikannya negara teratas dalam senarai 3,755 model besar yang telah dikeluarkan di seluruh dunia, menurut laporan Xinhua yang memetik maklumat daripada Persidangan Dunia Kecerdasan Buatan 2025 pada Ahad.

    Jumlah syarikat AI di peringkat global kini melebihi 35,000, dengan lebih daripada 5,100 daripadanya berpangkalan di China.

    Selain itu, terdapat lebih daripada 271 syarikat baharu di seluruh dunia dan 71 daripadanya berada di China, mewakili 26 peratus daripada jumlah global, menurut Akademi Maklumat dan Komunikasi China.

    Pada masa ini, China mempunyai lebih daripada 300 syarikat AI tersenarai, yang menjana kira-kira 70 peratus daripada jumlah hasil industri kecerdasan buatan dalam negara.

    Bidang inovasi bagi syarikat-syarikat baharu AI merangkumi pelbagai sektor, dengan lima teratas ketika ini ialah model besar, pemanduan autonomi, robotik pintar, aplikasi AI komersial dan cip pengkomputeran pintar.

    Presiden Akademi Maklumat dan Komunikasi China, Yu Xiaohui, menyatakan  industri AI di China terus berkembang dengan teknologi, aplikasi dan model baharu, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi berkualiti tinggi sebagai enjin pertumbuhan utama.

    Selain itu, pihak berkuasa juga telah memulakan kajian mengenai metodologi untuk mengukur saiz pasaran industri AI, membentuk rangka kerja penunjuk awal serta memulakan usaha penyeragaman dengan piawaian berkaitan yang telah diberi kelulusan rasmi untuk projek. – ANN/China Daily

    Anjing robot dan robot humanoid yang dibangunkan secara bebas oleh sebuah syarikat China dipamerkan semasa Persidangan Dunia AI 2025 di Shanghai, pada 27 Julai. – ANN/China Daily
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda