Saturday, December 28, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    China lancar kapal serangan amfibia pertama

    SHANGHAI, 27 DIS – China melancarkan kapal serangan amfibia generasi baharu Jenis 076 pertamanya, Sichuan, di Shanghai hari ini.

    Dinamakan sempena Wilayah Sichuan di barat daya China, kapal baharu yang dibangunkan secara bebas itu dimasukkan ke dalam air semasa majlis pelancaran dan penamaan, dengan diberikan nombor badan 51.

    Sichuan mempunyai muatan pemindahan penuh lebih 40,000 tan dan dilengkapi dengan struktur super dua pembahagi bersama dek penerbangan sepanjang kapal.

    Ia menggabungkan teknologi pelancar elektromagnetik dan sistem pemberhentian, membolehkan kapal tersebut membawa pesawat sayap tetap, helikopter dan peralatan amfibia.

    Sebagai kapal serangan amfibia generasi baharu bagi Tentera Laut Tentera Pembebasan Rakyat China, kapal itu memainkan peranan penting dalam memajukan transformasi tentera laut dan meningkatkan keupayaan tempur di laut jauh, menurut pegawai Tentera Laut.

    Selepas pelancarannya, kapal berkenaan akan menjalani siri ujian yang dirancang, termasuk perasmian peralatan, ujian tambatan dan ujian laut. – Xinhua

    China melancarkan kapal serangan amfibia generasi baharu Jenis 076 pertamanya, Sichuan, di Shanghai, kelmarin. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda