Monday, April 28, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    China lancar kempen anti-buli di sekolah

    BEIJING, 28 APRIL – Kempen anti-buli di seluruh negara akan dilancarkan di China, dalam usaha yang lebih luas untuk pastikan keselamatan pelajar di seluruh peringkat menurut pihak berkuasa.

    Siasatan menyeluruh yang memfokuskan kepada kes buli akan dijalankan di semua sekolah rendah dan menengah, menurut mesyuarat bersama kementerian pendidikan dan keselamatan awam, serta pentadbiran bomba dan penyelamat.

    Mesyuarat itu menekankan kepentingan mendidik guru, pelajar dan ibu bapa mengenai kedaulatan undang-undang, di samping usaha menambah baik sistem akauntabiliti.

    Mesyuarat itu juga menekankan keperluan untuk meningkatkan pemantauan kesihatan mental dalam kalangan pelajar, menyeru tindakan padu bagi meringankan beban kerja rumah dan tunjuk ajar di luar kampus yang berlebihan terhadap pelajar dalam pendidikan wajib.

    Usaha akan diambil untuk menambah baik langkah keselamatan, khususnya di sekolah luar bandar dan sekolah berasrama penuh, dengan tindakan diambil untuk memastikan keselamatan bangunan sekolah, pencegahan kebakaran dan keselamatan makanan, menurut mesyuarat itu.

    Ia menambah bahawa kempen khas pencegahan lemas juga akan dilancarkan, dengan tumpuan kepada pengurusan kawasan air dan menyediakan kelas berenang, serta latihan untuk menyelamatkan diri sendiri dan juga keselamatan bersama. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda