Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    China lancar kereta api terpantas

    BEIJING, 21 Ogos – China akan melancarkan semula salah satu kereta api laju terpantas di dunia, dengan kelajuannya 350 kilometer sejam.

    Kereta api itu akan menyediakan laluan dari Beijing ke Shanghai mulai bulan depan, menjadikan perjalanan 1,250 kilometer hanya dalam masa 4 jam, 30 minit.

    Sementara itu, laluan lainnya telah dirancang dan sedang ditambah.

    China pertama kali mengendalikan kereta api dengan kelajuan 350 kilometer sejam pada Ogos 2008, tetapi mengurangkan kelajuan 250-300 kilometer sejam pada tahun 2011 berikutan dengan insiden perlanggaran antara dua kereta api berhampiran bandar Wenzhou yang telah meragut kira-kira 40 nyawa dan mencederakan 191 orang.

    Gambar fail pada 26 Jun 2017 menunjukkan pekerja bergambar di hadapan kereta api berkelajuan tinggi terbaru. China melancarkan semula salah satu kereta api terpantas di dunia, dengan kelajuannya sejauh 350 kilometer (217 batu) sejam. – AP

    China telah merancang memasang lebih dari 20,000 kilometer (12,400 batu) dalam landasan kereta api berkelajuan tinggi, dengan menyasarkan akan menambah lagi sekitar 10,000 kilometer (6,214 batu) menjelang tahun 2020.

    China telah memperuntukkan serta membelanjakan kira-kira AS$360 bilion pada landasan kereta api berkelajuan tinggi, membina rangkaian terbesar di dunia. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda